Pink Bow Tie

Isnin, 24 Disember 2012

[k-food] kimchi

hye salam satu malaysia



korang pernah rasa teringin nak rasa x  makanan korea yang satu ni..ala yang dlm cerita korea tiap kali diorang makan  mesti ada kimchi ...ekin rasa mcm teringin pulak nak rasa lgpun ia dari sayur-sayuran kan..

ekin juga nak kongsikan resepi kimchi supaya boleh kita mencuba sambil berangan mkn bersama artis korea heheh(ekin nak makan kimchi dgn hyun bin la heheh)


Kimchi (Hangul김치, gimchi) adalah makanan tradisional Korea, salah satu jenis sayur masin hasil pemeraman yang dibuat dengan mencuci sayuran yang sudah digaram dan memerap dengan bahan-bahan seperti udang keringsos ikanbawang putihhalia dan serbuk cili merah.
Sayuran yang biasa digunakan untuk dibuat kimchi adalah sawi putih dan lobak. Pada zaman dulu, kimchi dipanggil sebagai chim-chae (Hangul: 침채;Hanja: 沈菜) yang bermaksud "sayuran yang direndam."
Di Korea, kimchi selalu dihidangkan pada waktu makan dengan hampir semua masakan. Kimchi juga digunakan sebagai ramuan sewaktu memasak sup kimchi kimchi jjigae, nasi goreng kimchi kimchi bokkeumbap dan pelbagai masakan lain.


resepi kimchi


bahan-bahan peram..
2kg kobis panjang
2 sdm garam

bahan-bahan sos..
2 sdm cili kering yang dah digiling 
2 sdm sos ikan.
1 sdm gula perang
1 sdm garam
1 batang daun bawang
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
3 cm halia (lebih kurang )

proses pemeraman....
1. basuh kobis panjang dengan bersih dan potong sepanjang 1 inci
2. gaulkan kobis panjang dengan garam dan biarkan semalaman

proses pembikinan sos..
1. kisar bawang putih, bawang besar dan halia
2. hiris daun bawang
3. gaulkan bahan kisaran dengan cili, sos ikan, garam, gula perang, dan daun bawang biarkan selama setengah jam..

proses campur sos dan kobis panjang..
1. guna sarung tangan campurkan sos dan kobis..pastikan semua kobis bersalut dengan sos.
2. masuk dalam Tupperware dan biarkan selama 4 hari dalam peti sejuk..dan boleh makan..
sumber;resepi kimchi/google


3 ulasan: