Pink Bow Tie

Jumaat, 10 Ogos 2012

SUPERSTAR a.k.a SUPER HAP

salam ramadhan...lama dah x update blog sebab internet memang lembab..lembab sangat2... ok today ekin nak cerita ttg cerita yang ekin tgk kat astro citra semalam citer"SUPERSTAR" atau "SUPER HAP"citer thai..sekali sekala layan citer thai apa salah kan(ek ekleh tipu la ni sebab hero dia hensem kan )hehehe memang x disangka heronya mmg hensem x caya tgk nie...

cerita nie ttg persahabatan 2 org rakan dari kecil..teung seorang gemuk ,pendek, dan hitam tapi mempunyai suara yang sedap..manakala lagi seorang bernama tom hensem ala2 korea dan bergaya tetapi sayang suaranya yang serak telah menakutkan org... tom nie nak jadi seorang artis tetapi tidak layak..tanpa pengetahuan teung, tom telah merakam aksinya menyanyi dan menari dgn mengunakan suara teung tetapi dia buat macam dia yang nyanyi...
tom pun htr la demo tu kat sebuah syarikat rakaman yang hampir bankrap..setelah melihat demo tu pengarah syarikat pun bersetuju utk mengambil tom jadi artis tetapi akhirnya pengarah syarikat itu tahu juga yang tom ni x boleh nak nyanyi oleh kerana terpaksa mereka teruskan juga kerana telah menggunakan deposit yang diberi atau mereka akan dipenjarakan.
so jadilah tom nie artis dan semakin popular tetapi lama kelamaan dia semakin melupakan rakannya dan bergaduh kerana tom mengatakan bahawa lagu "touch my heart" adalah lagu rekaannya walaupun sebenarnya adalah rekaan teung..akhirnya mereka pun berbaik setelah tom meminta maaf dgn teung... cerita nie mmg best sebab kelakar ..sedih pun ada masa part mereka bergaduh...dan lagu yang dinyanyikan tom mmg best walaupun x faham apa la maksud dia hehehe..

2 ulasan: